Tuesday, September 16, 2014

SEM 5 TAJUK 1.2 MEMAHAMI KONSEP KEROSULAN



Disusun semula Oleh
Drs Norazli Aziz

1.    Kehidupan manusia tanpa bimbingan rasul.
a.  Peranan Rasul ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT dengan menunjukkan cara hidup yg benar, menerangkan perkara ghaib, menunjukkan amar makruf nahi mungkar dan mengajar cara ibadat yg betul.

b.  Sejak Nabi Adam diutuskan hingga Nabi Muhammmad, semuanya bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa kaum tersebut,antaranya ialah mengembalikan akidah yang sebenar. Nabi Muhammad ialah Rasul terakhir untuk semua dan sesuai pada setiap zaman. Ajarannya tidak bercanggah dengan rasul terdahulu dan syariatnya memansuhkan syariat terdahulu.
c. Nabi ialah lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan tidak wajib menyampaikan kepada orang lain.
d. Rasul ialah lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan orang lain dan wajib menyampaikan kepada orang lain.

2.    Tujuan Allah kurniakan sifat maksum :

a.    Tujuan sifat maksum dikurniakan kepada Rasul ialah untuk menjaga martabat dan kemuliaan Rasul agar baginda menjadi contoh dan ikutan.
b.    Para rasul terpelihara dari sebarang dosa serta perkara yang mencacatkan kerasulan.

3.    Perbezaan Nabi dan Rasul :

Nabi
Rasul
Tidak semua nabi itu rasul
Semua rasul itu nabi
Tiada kitab
Ada kitab/suhuf
Untuk diri sendiri
Diri sendiri dan orang lain
Bilangan 124,000 orang
313 orang
Tidak wajib mengetahui
Wajib mengetahui 25 orang

  1. Sifat wajib, mustahil dan harus bagi Rasul  :
a.
Sifat Wajib
As-Siddiq
Al-Amanah
At-Tabligh
Al-Fatanah

b.
Sifat Mustahil
Alkizb
Al-khianah
Al-kitman
Al-baladah

  1. Sifat harus bagi Rasul
Harus bagi seorang Rasul berkelakuan sebagai manusia biasa seperti makan minum,kahwin dan sebagainya.

  1. Adab terhadap Rasul
    Sebagai umat Rasul kita hendaklah berada dengan baginda dengan cara sentiasa berselawat, beriman terhadap apa yg disampaikan, mencintainya, mengamalkan sunnahnya, mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya.
  2. Perbezaan antara mukjizat dengan karamah
6.1 Mukjizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada Rasul untuk membuktikan kebenarannya sebagai utusan Allah.
a.    Peranan mukjizat
Allah memberikan mukjizat kepada para Rasul ialah untuk :
·         menunjukkan kehebatan Allah
·         Untuk mengukuhkan iman manusia
·         Membuktikan kebenaran Rasul
·         Menambahkan keyakinan para rasul

b.    Bahagian- bahagian Mukjizat :
i) Mukjizat Hissi ialah dapat yang dirasa atau dilihat seperti tongkat nabi Musa jadi ular.
ii) Mukjizat Maknawi ialah dapat difaham secara maknawi sahaja seperti mukjizat Nabi Muhammmad saw iaitu Al-Quran

6.2  Karamah ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada selain Rasul. Contoh-contoh karamah adalah seperti berikut;

i.          Karamah berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjat disisi Allah Maryam ibu Nabi Isa dapat hidangan dari langit
ii.      Maunah berlaku kepada orang biasa tapi ada usaha mempelajarinya
Terlibat dlm kemalangan yang dahsyat tapi hidup
iii.     Irhas berlaku kepada bakal nabi seperti awan sentiasa ikut melindungi

nabi.
iv.     Istidraj berlaku kepada orang fasik dan derhaka kepada Allah seperti             Qarun dan Nabi palsu Musailamatul Kazzab
v.      Sihir Boleh dipelajari dengan bantuan syaitan dan jin contohnya Ilmu              kebal.

No comments:

Post a Comment