Tuesday, September 16, 2014

SEM 5: TAJUK 1.1 MEMAHAMI KONSEP KETUHANAN


Disusun semula oleh
Drs Norazli Bin Aziz


KONSEP KETUHANAN
1.Tauhid Rububiah :

Kepercayaan yang sebenarnya bahawa Allah ialah secara mutlak mentadbir semua makhluk, tiada Tuhan selain dia Maha Berkuasa dan Maha Esa.

a. Dalil :Al-Quran
:









b. Konsep Rububiah :
Meyakini Allah SWT pencipta,pemilik, dan pentadbir sepenuhnya di alam ini. Kita juga perlu memahami Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya dan kekuasaan Allah meliputi semua.

c. Peranan Tauhid Rububiah:
Agar kita dapat merasai manusia ini hina dan kerdil serta insaf akan kelemahan diri. Oleh sebab itu manusia akan melihat kekuasaan Allah SWT.

2. Tauhid Uluhiyah :
Menerapkan Kepercayaan Allah SWT sahaja yang wajib disembah,ditaati dan dipatuhi.

a. Dasar utamanya ialah syahadah


b. Dalil : Surah Al-Anbiyak ayat :25











c. Konsep Uluhiah :
Mengakui dengan sebenarnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT. Orang yang tidak percaya dianggap kafir dan paksi utamanya ialah syahadah

d. Peranannya
Menjadikan ibadah kita mengikut syariat Islam  menjauhkan manusia dari syirik dan ajaran sesat sekaligus memastikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

3.  Asma’ wa siffat :
Allah swt memiliki 99 nama yang indah dan bersifat dengan kesempurnaan (sifat 20)


a. Dalil : surah Al-Hasyr (22-24)






















b. Konsep :
Allah swt bersifat dengan sifat yang mulia. Allah swt sendiri yang memberi namanya yang 99. Kita wajib beriman dengan 99 nama Allah swt. Membandingkan sifat Allah SWT dengan sifat mahkluk adalah haram. Seseorang yang berdoa dengan nama Allah akan dimakbulkan. Setiap muslim wajib beriman dengan nama Allah SWT yang 99. 

4. Perbezaan antara Rububiah, Uluhiyah dan Asma wa Sifat :

Rububiah Uluhiyah Asma wa sifat ialah yakin Allah pencipta alam ini dan yakin hanyalaha Allah yang wajib kita sembah serta yakin Allah mempunyai 99 nama.

5.  Fitrah beragama
Fitrah beragama adalah Naluri semula jadi yang ada pada diri manusia bahawa Tuhan itu ada dan wujud.

a. Fitrah kejadian manusia :
Dari segi Jasmani, manusia memerlukan makan minum,tidur kahwin. Daripada segi rohani   inginkan kebenaran dan memerlukan pengabdian diri kepada manusia.

b. Dalil :Surah al-Ankabut :63













c.Konsep fitrah beragama :
Fitrah agama wujud dalam diri manusia sejak azali. Islam adalah agama semula jadi. Ia sesuai dan mudah untuk semua tempat dan keadaan.

6. Bukti hakikat beragama:
Sebelum datangnya Islam pada awalnya manusia menganut kepercayaan orang animism (percaya kepada ruh). Nabi Muhammad pernah berkhalwat di gua hira’ ketika masyarakat Arab Mekah banyak melakukan maksiat dan penyembahan berhala.

a. Bukti kewujudan Allah swt
Dalil wujudnya Allah ialah wujudnya alam ini. Manusia boleh mencari lagi bukti kecanggihan alam ini hasil ciptaan Allah melalui penyelidikan rahsia alam dan memerhatikan kejadian Allah.

b. Beza orang beragama dengan tidak beragama
Orang yang Beragama
Orang yang tidak Beragama
Reda dengan qadha dan qadar Allah
Keluh kesah,dan putus asa
Ikhlas diberi pahala
Untuk kepentingan diri
Bersyukur
Ingkar
Berakhlak
Tidak berakhlak
Jiwa teguh
Mudah terpengaruh ke arah kerosakan


c. Peranan agama dalam membina tamadun
Manusia hendaklah beramal dan berusaha membina tamadun. Oleh itu manusia wajib menuntut ilmu fardhu ain/kifayah sebagai memenuhi aturan hidup dengan akhlak supaya lebih kreatif dan inovatif.










No comments:

Post a Comment